google

Google

Monday, September 29, 2008

SERAI FASA 1

Antara gambar-gambar yg sempat saya snap di kebun fasa 1...
Fasa 1 dah lebih 4 bulan sekarang...
Lepas raya ni nak tumpu buang rumput lak kat kebun fasa 1 ni....
Bulan 11 nak tuai....
Denagr citer harga serai meningkat sekarang....

Ni antara rumpun yg sederhana tumbesarannya...

Sekali-sekala melawat kebun Fasa 1 ni ....tenang jer mata lihat serai-serai membesar....
Tinggal esok jer lagi puasa....Lepas tu raya pulak....
Lepas raya ni kena fulltime kt kebun ler....
Hajat di hati tu biarlah hasil yg bakal dikeluarkan mencecah 20 tan....
Boleh ler cover expenses yang telah dikeluarkan....
So utk pusingan ke-2 nanti ada modal yg lebih untuk besarkan kawasan penanaman hingga 2 ekar....
Kepada pengunjung Blog ini dan rakan-rakan yg mengenali serta pengusaha-pengusaha serai...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.....
MAAF ZAHIR BATIN

Friday, September 26, 2008

SERAI FASA 3 ver 1






Ni gambar-gambar serai peha ayam fasa 3 yg baru 1 minggu ditanam....
Setakat ni alhamdulillah semua benih yg ditanam hidup...
Hampir setiap pagi aku melawat kebun ni....
Bukannya apa...
saja merehatkan mata di pondok....
Dah takder keje lain.....
Layan serai je lah....
Pukul 11 aku balik le rumah.....
layan forex laks.....hehehe...
Tinggal 4 hari je lagi Ramadhan....
sedih rasanya.....
Entah ketemu lagi atau tidak tahun depan....
Semoga ALLAH menerima puasa aku pada Ramadhan kali ini....

SELAMAT BERHARI RAYA AIDILFITRI
KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI
MAAF ZAHIR BATIN.....

Thursday, September 25, 2008

SERAI ver Baja vs Racun

Ni adalah baja yg saya gunakan untuk test kat serai saya....
Test 100 rumpun jer
Jenis baja ni saya tak tahu....
Nama pun takder...
Bau amatlah menusuk hidung....
1 paket ni berat 2 kg....
Baja ni telah diuji di ladang sawit dan getah...
Hasil memberangsangkan....
So apa salahnya saya mencuba di serai saya...
Untuk Fasa 1 pun saya guna baja getah no. 2 dan 3

Saya guna sukatan 1 sudu untuk 1 rumpun

Keutamaan baja ni diletakkan pada serai yg kurang galak pertumbuhannya...

Kita tunggu hasilnya selepas 1-2 minggu Yang ni pulak adalah racun yg digunakan untuk menghapuskan rumput...

Dah sembur pada 1 barisan....

so far rumput mati but serai tetap maintain....


Monday, September 15, 2008

SERAI FASA 3

Gambo atas ni adalah spesis serai yang saya tanam....
Kat kampung saya dikenali sebagai serai telor...
Korang rasa apa nama jenis sebenor spesis serai ni?




Akhirnya saya berjaya menanam serai sepenuhnya....Lama ler jugak....

8 hari kesemuanya....

Jumlah yang ditanam 15,200 batang serai peha ayam.....2,800 batang serai telor...

Sakit jugak belakang nak siapkan kesemuanya...

Alhamdulillah isteri saya turut membantu tanam serai ni....

2 orang buruh paksa yang ada pun tanam 100 batang jer....

Lepas tu main kejar-kejar dalam kebun....

Insya-Allah....lepas raya nak tanam untuk Fasa 4...

Jangkaannya 18,000 batang serai jenis peha ayam....

Sunday, September 14, 2008

SERAI V.3.1.4

Lama tak jenguk kebun Fasa 1.....

Rumput pun dah mula menjalar....

Lepas Raya ni kena clear rumput kebun ni ler pulak....

So far serai tumbuh segar.....

Sodap mata memandang......

Yang kurang subur pun ada jugak...

Biasalah bila dah tanam banyak-banyak ni....

Asyik duk layan serai fasa 3 jer.....

next week dah kena jenguk-jenguk fasa 1.....

So ni ler gambar-gambar yg sempat aku snap tadi.....

Sebarang cadangan atau komen dialu-alukan.....






SERAI LAGIII

Alhamdulillah bertemu lagi.....


Ramadhan pun dah 14 hari....


tinggal 16 hari jer lagi nak berpuasa....


Lepas tu berhariraya....


Tahun depan entah sempat jumpa lagi ke tak Ramadhan...
Ni gambor yang saya snap di kebun fasa 2 dan 3....




Serai kampung yg berusia 6 minggu....

belum letak sebarang baja lagi ni.... tak larat nak tabur baja...

Rumput pun dah start naik......

Sambil tanam serai Fasa 3 sambil buat teratak serai....

2 org buruh paksa sedang berlari-lari anak......

Ni masa time rehat ler.....lepas tanam serai 100 btg....

Akhirnya siap ler teratak serai di kebun....

Lepas ni boleh ler rehatkan mata kejap disini....


Thursday, September 4, 2008

Serai Kampung.....FASA 2


Gambar atas ni alat yg aku guna untuk buat lubang....kira sekali tikam dapat 3 lubang ler...Jimat maso den.....



NI kira gambar benih serai kampung yg aku beli dengan peraih dan juga yg tanam kecil-kecilan....


Kiranya nak tanam serai kampung shj utk fasa 2.....


Projek bermula pada 1/8/08....target ialah 3000 perdu atau lubang....


Penanaman akan dilakukan di celah-celah pokok getah....


Baja yang akan digunakan ialah N46 dan juga baja getah serta baja bakar....


Baja urea telah ditabur pada 4 baris sahaja...baki yg lain tu nak guna baja bakar kot.... Cara penanaman juga berbeza dengan Fasa 1.....


Untuk Fasa 2 ni....serai akan ditanam dalam bentuk segitiga....dgn 3 btg digunakan untuk 1 rumpun....Pada Fasa 1 yg lalu serai ditanam secara bulatan dengan menggunakan 5 batang serai utk serumpun....


Perancangannya lepas 1 bulan baru nak tabur baja....tak sempat tabur baja rumput naik menggila....poning kepala jugak nak selesaikan hal-hal perumputan ni.....


Mungkin cukup 2 bulan nak meracun jer rumput-rumput ni.....sekarang duk hujan tiap-tiap hari......
Bulan puasa ni lagi ler letih nak meracun....amik masa jugak lerr...
Lagipun Fasa 3 dah start....



Gambar-gambar ni aku snap sehari lepas selesai menanam kesemuanya untuk Fasa 2....
Insya-Allah aku akan update gambar-gambar fasa 1,2,3 bila berkesempatan masa.....

SERAI V. 3.1.1



Lama betul tak update blog ni...Serai Fasa 1 telah 3 bulan...

So far alhamdulillah telah tumbuh dgn galaknya....

Jangkaan tuaian ialah bulan 23/11
Ni gambor yg sempat snap lerr...jarang-jarang pergi dah kebun ni...sibuk dgn projek serai fasa 2.....
Fasa 2 pun dah cecah sebulan.....serai yg ditanam fasa 2 ialah serai kampung...
Rancangannya nak tanam serai peha ayam utk fasa 3 nanti....permintaan pun tinggi...jangkaan permintaan benih serai peha ayam akan meningkat bila bermulanya projek Ladang Rakyat.....
Setelah fasa 1 buat Contract Farming....fasa2 berikutnya buat sendiri lah....
Pasaran? belum cari lagi.....lagipun 5 bulan lg baru boleh tuai.....

Free Forex TV and Forex Signals