google

Google

Wednesday, February 20, 2008

CATTLE FOR SALE

LEMBU BRAHMAN CROSS UTK DIJUAL...




HARGA:- RM3400/EKOR
BERAT:- 625KG

HARGA TIDAK TERMASUK PENGANGKUTAN








HARGA:- RM2000/EKOR
BERAT:- AVERAGE 330KG
KUANTITI:- 26 EKOR

HARGA TERMASUK PENGHANTARAN DENGAN SYARAT AMBIL SEMUA...

Thursday, February 14, 2008

SERAI ver1.1



KOS RINGKAS

KIRAAN KOS UNTUK 1 EKAR TANAH:-

-3600 PERDU(lubang) UNTUK SEEKAR TANAH
- 21600 btg BENIH
-RM 1700 UNTUK BENIH TAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN
-HASIL IALAH 20 TAN@20,000kg UNTUK SEEKAR
-HARGA BELIAN IALAH RM0.70/kg

BERIKUT KOS KASAR PENANAMAN UNTUK SEEKAR:-

-BAJAK DAN PENYEDIAAN TANAH : 700
-PENANAMAN : 400
-SIRAM (7 HARI PERTAMA) : 120
-MERUMPUT/MERACUN(3 BULAN ) : 250
-BAJA/RACUN : 700
-BENIH :1900
TOTAL :3570

PENDAPATAN
-TUAIAN 20TANX0.70 :14000
-KOS TUAIAN(UPAH PEKERJA) : 2250
TOTAL :11750

BERSIH= 11750-3570*=RM8180.00

*tidak termasuk kos luar jangka.

SERAI ver 1.0

Projek tanaman serai secara contract farming...
A few photos yg dah start...


Ni antara tanah yg dah siap diratakan dan ready untuk penanaman serai


Tanah yg telah ditanam serai

SERAI MAKAN



Tanaman serai makan (Cymbopogen citratus) dilaporkan berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan Tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Di Malaysia khususnya, serai makan banyak di tanam sebagai tanaman dapur. Batangnya dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan. Serai makan ialah sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom. Batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus, melampai, panjangnya 60−100 cm dan lebar 1.0−1.5 cm. Ia berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari. Serai makan jarang didapati berbunga di Malaysia.

KEGUNAAN DAN KHASIAT

Di Malaysia, serai makan terutama batangnya digunakan sebagai bahan perisa dalam masakan tradisional seperti masakan rendang, tomyam, kerabu, masak lemak cili padi dan asam pedas. Aroma dan rasanya yang unik dapat menambahkan keenakan masakan dan meningkatkan selera.
Di sesetengah negara, serai makan diusahakan khas untuk pengeluaran minyak pati. Minyak pati serai makan berwarna kuning hingga coklat kemerahan dan berbau limau atau `lemon’. Minyak ini terdiri daripada beberapa sebatian dan kandungan utamanya ialah sitral iaitu sejenis aldehide. Peratusan sitral dalam minyak pati serai makan adalah antara 65% hingga 85%. Sebatian-sebatian lain yang menpunyai lebih rendah peratusannya termasuklah linalol, geraniol, citronellal, citronellol, farnesol, farnesal, limonene dan nerol.
Minyak pati serai makan diguna sebagai pewangi sabun, bahan pencuci, syampu dan produk lain.. Walau bagaimanapun sebahagian besar daripadanya digunakan untuk mendapatkan sitral (secara isolasi fizikal) dan ionones (secara tindak balas kimia terhadap sitral).

Free Forex TV and Forex Signals