google

Google

Wednesday, April 20, 2011

FOREX

Assalamualaikum....

Lama betul sepi blog ni....
memang tiada update terkini mengenai serai...
masih menanam serai...
utk kegunaan sendiri je....

So masa terluang belajar benda baru...
FOREX....
nampak mudah tapi payah....
Asyik tambah modal jer....
bila la...
nak kaut profit pulaks....
Insya Alah ada la rezeki lain...
Rezeki pun dari Allah juga..
kena byk doa dan minta dgn ALLAH....
AGAR dberkati rezeki yg diberi....

INSYA ALLAH...........

Monday, September 6, 2010

IKLAN HARI RAYA???

IKLAN HARI RAYA YG KONTROVERSI....
SEMOGA LEBIH PRIHATIN DI LAIN HARI.....

Iklan Hari Raya TV3 2010

Selepas dikritik hebat...
TV3 menarik balik siaran iklan tersebut...
dan berikut permohonan maaf....

PERMOHONAN MAAF TV3


jom layan PKNS punyer...

IKLAN HARI RAYA PKNS.....

Saturday, August 28, 2010

SERUNDING CENDAWAN

ASSALAMUALAIKUM............

Akhirnya setelah 2 bulan try n error....
maka terhasil sudah serunding cendawan...
Alhamdulillah....respons dari mereka yg telah mencuba..
amat positif....

Packaging pun dah selesai...
masalah sticker je belum....
Rata-rata di Kota Bharu mengenakan caj yg agak tinggi....
kena survey di tempat lain la pulak...


Setakat ini semua hasil serunding dijual luar Kelantan...
belum terfikir untuk mencuba pasaran di Kelantan....
survey di pasar besar area rumah saya....penerimaan agak negatif....
so better hantar ke tempat lain dulu lah....

so far bekalan cendawan segar agak terhad...
cendawan sendiri belum mengeluarkan hasil lagi...
beli dulu dengan pengusaha lain...
Insya Allah
hajat nak beli cendawan projek e-kasih...
tapi belum berurusan dgn pengendali projek e-kasih...
kena lihat sambutan dan permintaan bulanan....

Kepada sesiapa yg berminat untuk mencuba serunding...
boleh order di ruang komen atau email oranjefx@gmail.com

HARGA??
Hanya RM5 untuk 100gm....
tidak termasuk caj pos...
kalau nak jadi pengedar pun dialu-alukan....

Friday, August 20, 2010

CENDAWAN....CENDAWAN

Assalamualaikum......

Lama saya tak update blog ni.....
Bukan apa...cerita serai dah reda......
Alhamdulillah kilang proses minyak serai beroperasi dgn lancar...
Namun pemilik kilang terpaksa menghadkan pembelian serai kerana kekangan kewangan...

Saya?
Macam biasa mencuba mengusahakan cendawan tiram kelabu...
Permintaan amat menggalakkan di kawsan saya la....
Kawsan lain tu saya tak pasti...
Namun harga pasaran kawasan saya ni bersaing dgn cendawan dari Thailand...

So kalau pengusaha cendawan di KL/Selangor mungkin jual runcit harga RM 7-8 sekilo...
Saya disini harga runcit HANYA RM 5 sekilo
so lambat sikit nak jadi KAYA....hehehe

Pada masa sama saya tengah mencuba utk mempelbagaikan produk hiliran cendawan
Agar dapat mengatasi harga jualan yg sangat rendah....
Antara produk yg masih diperingkat percubaan ialah serunding cendawan...
Alhamdulillah dah menjadi serunding cendawan saya...
permintaan pun banyak jugak.....
Tapi luar dari kawasan saya la....
Rezeki kat luar kot...

Masalah sekarang nak mendapat bekalan cendawan segar
yg mencukupi utk 'cover' pasaran segar ...
dan juga untuk diproses menjadi serunding.....

Insya Allah selepas raya aidilfitri nanti akan hasilkan produk lain pulak...
sambil kekalkan produk sediada....
Doakan agar saya berjaya menghadapi rintangan....

SELAMAT BERPUASA RAMDAHAN AL_MUBARAK.....


Thursday, May 13, 2010

Cuti ke Cameron Highlands


Saja bercuti 3 hari 2 malam di Cameron Highlands dengan keluarga. Sewa apartment di Tanah Rata.Suhu di Cameron Highlands skrg sekitar 20-25 Celcius jer.Dah Tak sejuk seperti dahulu.

Harga makanan sama jer seperti dulu.Trip kali ni sempat bawa anak-anak ke ladang Boh Sg Palas.Gambar upload semula.

Untuk menenangkan fikiran memang best lepak kat Cameron Highlands ni.Sayur-sayuran segar. Makan malam steamboat pulaks....best.Ingat nak beli satu apartment area Tanah Rata tapi harga mahal giler.Cancel dulu la hajat nak beli apartment kat Cameron Highlands.

Insya-Allah next trip UMRAH pada JUN nanti.
Maafkan saya sekiranya ada salah dan silap.
Jumpa lagi

Monday, April 26, 2010

KEMARAU n CENDAWAN

ASSALAMUALAIKUM.........

Setelah lebih 4 minggu tiada hujan....
akhirnya Allah telah turunkan hujan kelmarin dan hari ini....
dengan LEBATnya....
ALHAMDULILLAH.....

Projek trial cendawan tiram kelabu pun dah habis.....
semua bongkah diserang penyakit dan kekeringan....
sekarang bangsal cendawan telah dibersihkan....
ketika kemarau...
suhu dalam bangsal mencecah 31-32 celcius...
walaupun disiram lantai dan jaring serta atap...
3 kali sehari.....

Insya Allah.....pertengahan bulan 6 akan masuk lg 4000 bongkah cendawan.....
buat masa sekarang tengah survey market hiliran cendawan yg masih belum diterokai...
kepada pengusaha cendawan yg mempunyai produk hiliran...
diharap sudilah berkongsi pendapat ...
atau boleh berbincang utk projek pemasaran produk hiliran cendawan....

Insya Allah mulai esok ada ekspo Pertanian di Kota Bharu....
kebetulan ada kawan yg telah menyewa tapak di ekspo tersebut...
Ekspo tersebut akan berakhir pada 2 Mei 2010...

Sempat lagi kalau nak tumpang tapak untuk promosi produk hiliran cendawan.....
Harga?
Boleh dibawa berunding........
jumpa lg nanti...

Insya Allah posting akan datang mengenai minyak serai makan yg dihasilkan oleh 2 orang usahawan muda yang tidak mempunyai LADANG KONTRAK.....

saya promosi jer.....urusan jualbeli kena berunding terus dgn mereka....
maklumlah bajet kecil........

Monday, March 8, 2010

LAMA TAK KEMASKINI

Maaf kepada semua pengunjung blog ini...

Lama betul saya tak update blog ini...

Sebenarnya saya terlupa password untuk login...

Memasuki tahun baru 2010...

Projek serai masih suram...

Masih ramai yg belum dapat menjual serai-serai mereka...




Berita sedih dari saya...

Kilang memproses serbuk serai di Pasir Puteh...

telah menghentikan operasinya....

So sementara itu saya masih menual serai kepada pemborong ....

di sekitar kawasan saya....



Berita baik....

Insya Allah dalam masa terdekat kilang memproses MINYAK SERAI MAKAN..

akan mula beroperasi secara aggresif...

saya akan maklumkan semula sekiranya kilang tersebut beroperasi sepenuhnya....