google

Google
Showing posts with label cendawan. Show all posts
Showing posts with label cendawan. Show all posts

Saturday, August 28, 2010

SERUNDING CENDAWAN

ASSALAMUALAIKUM............

Akhirnya setelah 2 bulan try n error....
maka terhasil sudah serunding cendawan...
Alhamdulillah....respons dari mereka yg telah mencuba..
amat positif....

Packaging pun dah selesai...
masalah sticker je belum....
Rata-rata di Kota Bharu mengenakan caj yg agak tinggi....
kena survey di tempat lain la pulak...


Setakat ini semua hasil serunding dijual luar Kelantan...
belum terfikir untuk mencuba pasaran di Kelantan....
survey di pasar besar area rumah saya....penerimaan agak negatif....
so better hantar ke tempat lain dulu lah....

so far bekalan cendawan segar agak terhad...
cendawan sendiri belum mengeluarkan hasil lagi...
beli dulu dengan pengusaha lain...
Insya Allah
hajat nak beli cendawan projek e-kasih...
tapi belum berurusan dgn pengendali projek e-kasih...
kena lihat sambutan dan permintaan bulanan....

Kepada sesiapa yg berminat untuk mencuba serunding...
boleh order di ruang komen atau email oranjefx@gmail.com

HARGA??
Hanya RM5 untuk 100gm....
tidak termasuk caj pos...
kalau nak jadi pengedar pun dialu-alukan....

Friday, August 20, 2010

CENDAWAN....CENDAWAN

Assalamualaikum......

Lama saya tak update blog ni.....
Bukan apa...cerita serai dah reda......
Alhamdulillah kilang proses minyak serai beroperasi dgn lancar...
Namun pemilik kilang terpaksa menghadkan pembelian serai kerana kekangan kewangan...

Saya?
Macam biasa mencuba mengusahakan cendawan tiram kelabu...
Permintaan amat menggalakkan di kawsan saya la....
Kawsan lain tu saya tak pasti...
Namun harga pasaran kawasan saya ni bersaing dgn cendawan dari Thailand...

So kalau pengusaha cendawan di KL/Selangor mungkin jual runcit harga RM 7-8 sekilo...
Saya disini harga runcit HANYA RM 5 sekilo
so lambat sikit nak jadi KAYA....hehehe

Pada masa sama saya tengah mencuba utk mempelbagaikan produk hiliran cendawan
Agar dapat mengatasi harga jualan yg sangat rendah....
Antara produk yg masih diperingkat percubaan ialah serunding cendawan...
Alhamdulillah dah menjadi serunding cendawan saya...
permintaan pun banyak jugak.....
Tapi luar dari kawasan saya la....
Rezeki kat luar kot...

Masalah sekarang nak mendapat bekalan cendawan segar
yg mencukupi utk 'cover' pasaran segar ...
dan juga untuk diproses menjadi serunding.....

Insya Allah selepas raya aidilfitri nanti akan hasilkan produk lain pulak...
sambil kekalkan produk sediada....
Doakan agar saya berjaya menghadapi rintangan....

SELAMAT BERPUASA RAMDAHAN AL_MUBARAK.....


Tuesday, June 16, 2009

LAMO TAK UPDATE

Maaf kepada semua pengunjung blog...
saya tak sempat nak update perkembangan berkaitan serai...
Saya masih meneruskan projek serai makan ni....
Cuma sekarang ni slow sikit bab-bab serai...
Banyak sensitif wooo...
terutama yang terlibat dgn CF....

Saya sekarang banyak masa dihabiskan dengan cendawan dan lada...
masih belajar utk 2 jenis tanaman ni...

Namun begitu serai tak akan dilupakan...

Insya-Allah Julai ni...
saya akan mula membeli serai...
untuk dihantar ke kilang serbuk serai di Pasir Puteh Kelantan...
kemudian serbuk serai tersebut akan dihantar ke kilang rempah di Selangor...
Buat masa sekarang saya dah start jual serbuk serai dikalangan pengusaha makanan berdekatan dengan rumah ajer...
Kepada yg berminat utk menjual serbuk serai ni dialu-alukan lah....

Berbalik kepada hal serai ni...
Saya hanya berkemampuan membeli serai pada kadar harga RM800/tan...
serai yg siap dicuci dan dihantar ke kilang.....
Untuk serai yg dihantar dengan rumpun....
Saya terima juga...
cuma bayaran akan dibuat setelah serai tersebut dicuci...
Upah membersih serai ialah RM250/tan....
Ini secara kasar ler pengiraannya...
saya akan update sekiranya ada perubahan...

OK...
sekarang saya akan ceritakan kemampuan saya untuk membayar ....

Saya tidak mampu membayar secara CASH sekaligus....
atas kekangan modal...
modal saya ciput ajer....
kalau ada nak bagi pinjaman/hutang boleh ler....hehehe
saya amat menghargai....

Bayaran yg saya akan lakukan seperti berikut:-
(masih dalam kajian)

UNTUK SERAI YG BERSIH

- Bayaran sebanyak 30% akan dibuat 2-3 hari selepas terima serai
- 30% lagi akan dibayar 30 hari selepas bayaran pertama dilakukan..
- 40% lagi akan dibayar 21 hari selepas bayaran ke-2 dilakukan....

UNTUK SERAI RUMPUN

-Bayaran pertama sebanyak 30 % akan dibayar 3 hari selepas timbangan serai yg dibersihkan....
-30 % lagi akan dibayar 33 hari selepas bayaran pertama dilakukan...
-40% lagi akan dibayar 21 hari selepas bayaran ke-2 dilakukan...

*SEMUA SAIZ SERAI DITERIMA...
*SEMUA JENIS SERAI MAKAN DITERIMA KECUALI SERAI GAJAH/GALAH(coz lambat nak dikeringkan)


Saya nyatakan cara bayaran diatas untuk mempermudahkan tuan-tuan buat penilaian...
Tuan-tuan boleh datang jumpa saya atau melawat kilang di Pasir Puteh....
Saya sedia uruskan untuk tuan-tuan yg berminat untuk menjadi penanam kontrak dengan Kilang......KONTRAK DENGAN KILANG YER...
bukan dengan saya.....hehehe...

kepada yg berminat utk menjual serai atau nak beri idea/komen boleh ler guna ruang komen...
atau e-mail :- idham_mansya@yahoo.com
atau sms/call :-012-9388924 (8 am-11.30pm)


Free Forex TV and Forex Signals