google

Google

Tuesday, June 16, 2009

LAMO TAK UPDATE

Maaf kepada semua pengunjung blog...
saya tak sempat nak update perkembangan berkaitan serai...
Saya masih meneruskan projek serai makan ni....
Cuma sekarang ni slow sikit bab-bab serai...
Banyak sensitif wooo...
terutama yang terlibat dgn CF....

Saya sekarang banyak masa dihabiskan dengan cendawan dan lada...
masih belajar utk 2 jenis tanaman ni...

Namun begitu serai tak akan dilupakan...

Insya-Allah Julai ni...
saya akan mula membeli serai...
untuk dihantar ke kilang serbuk serai di Pasir Puteh Kelantan...
kemudian serbuk serai tersebut akan dihantar ke kilang rempah di Selangor...
Buat masa sekarang saya dah start jual serbuk serai dikalangan pengusaha makanan berdekatan dengan rumah ajer...
Kepada yg berminat utk menjual serbuk serai ni dialu-alukan lah....

Berbalik kepada hal serai ni...
Saya hanya berkemampuan membeli serai pada kadar harga RM800/tan...
serai yg siap dicuci dan dihantar ke kilang.....
Untuk serai yg dihantar dengan rumpun....
Saya terima juga...
cuma bayaran akan dibuat setelah serai tersebut dicuci...
Upah membersih serai ialah RM250/tan....
Ini secara kasar ler pengiraannya...
saya akan update sekiranya ada perubahan...

OK...
sekarang saya akan ceritakan kemampuan saya untuk membayar ....

Saya tidak mampu membayar secara CASH sekaligus....
atas kekangan modal...
modal saya ciput ajer....
kalau ada nak bagi pinjaman/hutang boleh ler....hehehe
saya amat menghargai....

Bayaran yg saya akan lakukan seperti berikut:-
(masih dalam kajian)

UNTUK SERAI YG BERSIH

- Bayaran sebanyak 30% akan dibuat 2-3 hari selepas terima serai
- 30% lagi akan dibayar 30 hari selepas bayaran pertama dilakukan..
- 40% lagi akan dibayar 21 hari selepas bayaran ke-2 dilakukan....

UNTUK SERAI RUMPUN

-Bayaran pertama sebanyak 30 % akan dibayar 3 hari selepas timbangan serai yg dibersihkan....
-30 % lagi akan dibayar 33 hari selepas bayaran pertama dilakukan...
-40% lagi akan dibayar 21 hari selepas bayaran ke-2 dilakukan...

*SEMUA SAIZ SERAI DITERIMA...
*SEMUA JENIS SERAI MAKAN DITERIMA KECUALI SERAI GAJAH/GALAH(coz lambat nak dikeringkan)


Saya nyatakan cara bayaran diatas untuk mempermudahkan tuan-tuan buat penilaian...
Tuan-tuan boleh datang jumpa saya atau melawat kilang di Pasir Puteh....
Saya sedia uruskan untuk tuan-tuan yg berminat untuk menjadi penanam kontrak dengan Kilang......KONTRAK DENGAN KILANG YER...
bukan dengan saya.....hehehe...

kepada yg berminat utk menjual serai atau nak beri idea/komen boleh ler guna ruang komen...
atau e-mail :- idham_mansya@yahoo.com
atau sms/call :-012-9388924 (8 am-11.30pm)


4 comments:

Abd Ghani said...

mmg lamo bonar tak hapdet...

kalau tuai sendiri (oleh pembeli) nak tak? Tapi serai saya sikit sgt unless boleh join sekali ngan orang lain punya tuaian. Lagipun kebun saya kat Chenor, Maran.

admin said...

saya nak p tuai tu yg masalahnya...
try gabung la...
dapat 1 lori tayar 6 ker...

Uncle said...

Tahniah Jasma, skali update blog ade peningkatan.
Kebun yang dikuantan tu akan mula tuai julai nie dalam 10tan. Jika feasible & profitable mungkin kita leh berusuran.
Thanks and tahniah skali lagi.

admin said...

TQ uncle...
Doakan saya boleh membeli dan membantu rakan-rakan penyerai...

Free Forex TV and Forex Signals