google

Google

Saturday, December 20, 2008

LAMA TUL TAK UPDATE......

ASSALAMUALAIKUM.............

Lama betul saya tak jenguk n update blog ni.....
Maaf kepada semua kerana x update blog......
Saya masih lg berada di luar kebun......
Insya-Allah keje di luar kebun akan di handover pd 26/12/08 ni....
so saya akan kembali ke kebun selepas itu.....

Namun begitu serai yg patut dituai hasilnya pun turut tertangguh......
Serai di kebun Fasa 1 banyak yg rosak akibat hujan yg berterusan selama 2 minggu......
Hampir 40% tidak dpt dituai dan rosak.....
Urusan penjualan pun agak berserabut.....
Ada hikmah apa yg berlaku semuanya ni.......

Kepada sesiapa yg berminat utk membeli serai peha ayam atau kampung.....
Boleh ler kontek saya.....
Price negotiable.....

Thursday, October 23, 2008

BAGAIMANA HENDAK PERGI KE LADANG PAK TANI

Kalau sesiapa yg nak pergi ke kebun Pak Tani....
Saya ada ler snap gambo-gambo utk ke sana...
Ni kiranya korang dari Seremban la....
Kena cari pekan Rembau dulu...
Selepas korang lalui pekan Rembau...
Terus jer jalan ke arah Tampin/Alor Gajah...
Hinggalah ketemu signboard seprti di bawah ni....
Pastu ada simpang seperti dibawah ni....Masuk ikut simpang ni...
Dan teruskan perjalanan lebih kurang 5 minit.....
Korang akan jumpa Masjid...
Depan sikit dari masjid tu jumpa ler signboard ni:-

Kat signborad tu adalah nama pemilik kebun.....

So carilah Pak Tani didalam kebun tu......

Sunday, October 12, 2008

MOH KE LADANG SERAI.......

Ni gambar anak-anak aku dgn sepupunya melawat ladang sebelum hari raya baru nie...
Mula-mula hanya anak aku jer yg nak pergi....
last2 yg lain semua ikut jugak...
takpelah at least diaorg kenal apa itu kebun getah+serai...hehehehe

Anak aku mcm biasalah tunjuk tempat dia selalu lepak la.....
tempat punca mata air....
apa lagi yg lain pun follow jer......
mula-mula segan nak main selut....
last2 syok pulak diaorg main selut....

Ni anak bongsu aku ler....
Kalau ke kebun mmg mcm ni....
Agaknya syok tidur dihembus angin sepoi-sepoi kot.....
Lama jugak dia tidur....
Ni anak aku yg kedua ni....
mcm biasalah dah syok main ajak balik meragam ler dia...
Last2 aku pun mengalah ler...
Biarkan diaorg main lagi sejam.....
Anak-anak sedara yg lain hepi ler...
itupun dah plan nak balik cuti sekolah nanti...
Nak main kat kebun....
Agaknya suasana kebun ni mmg baru bagi diaorg....
maklumlah kt Seremban duk kawasan perumahan jer...

SERAI ver RACUN

Ni gambor aku amik sebelum meracun la....
punya lah semak mata nengok rumput-rumput dan lain sama-sama naik menghijau sekeliling serai yg berusia 2 bulan ni....
Apa lagi mcm biasa gunalah diuron.....
pastu racun ler sekeliling serai....

Lihatlah....inilah hasilnya setelah disembur racun diuron.....
Kos pun murah jer.....
Rumput mmg lambat mati tapi lambat jugak nak tumbuh semula....

SELAMAT MENCUBA

Monday, September 29, 2008

SERAI FASA 1

Antara gambar-gambar yg sempat saya snap di kebun fasa 1...
Fasa 1 dah lebih 4 bulan sekarang...
Lepas raya ni nak tumpu buang rumput lak kat kebun fasa 1 ni....
Bulan 11 nak tuai....
Denagr citer harga serai meningkat sekarang....

Ni antara rumpun yg sederhana tumbesarannya...

Sekali-sekala melawat kebun Fasa 1 ni ....tenang jer mata lihat serai-serai membesar....
Tinggal esok jer lagi puasa....Lepas tu raya pulak....
Lepas raya ni kena fulltime kt kebun ler....
Hajat di hati tu biarlah hasil yg bakal dikeluarkan mencecah 20 tan....
Boleh ler cover expenses yang telah dikeluarkan....
So utk pusingan ke-2 nanti ada modal yg lebih untuk besarkan kawasan penanaman hingga 2 ekar....
Kepada pengunjung Blog ini dan rakan-rakan yg mengenali serta pengusaha-pengusaha serai...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.....
MAAF ZAHIR BATIN

Friday, September 26, 2008

SERAI FASA 3 ver 1






Ni gambar-gambar serai peha ayam fasa 3 yg baru 1 minggu ditanam....
Setakat ni alhamdulillah semua benih yg ditanam hidup...
Hampir setiap pagi aku melawat kebun ni....
Bukannya apa...
saja merehatkan mata di pondok....
Dah takder keje lain.....
Layan serai je lah....
Pukul 11 aku balik le rumah.....
layan forex laks.....hehehe...
Tinggal 4 hari je lagi Ramadhan....
sedih rasanya.....
Entah ketemu lagi atau tidak tahun depan....
Semoga ALLAH menerima puasa aku pada Ramadhan kali ini....

SELAMAT BERHARI RAYA AIDILFITRI
KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI
MAAF ZAHIR BATIN.....

Thursday, September 25, 2008

SERAI ver Baja vs Racun

Ni adalah baja yg saya gunakan untuk test kat serai saya....
Test 100 rumpun jer
Jenis baja ni saya tak tahu....
Nama pun takder...
Bau amatlah menusuk hidung....
1 paket ni berat 2 kg....
Baja ni telah diuji di ladang sawit dan getah...
Hasil memberangsangkan....
So apa salahnya saya mencuba di serai saya...
Untuk Fasa 1 pun saya guna baja getah no. 2 dan 3

Saya guna sukatan 1 sudu untuk 1 rumpun

Keutamaan baja ni diletakkan pada serai yg kurang galak pertumbuhannya...

Kita tunggu hasilnya selepas 1-2 minggu Yang ni pulak adalah racun yg digunakan untuk menghapuskan rumput...

Dah sembur pada 1 barisan....

so far rumput mati but serai tetap maintain....


Monday, September 15, 2008

SERAI FASA 3

Gambo atas ni adalah spesis serai yang saya tanam....
Kat kampung saya dikenali sebagai serai telor...
Korang rasa apa nama jenis sebenor spesis serai ni?




Akhirnya saya berjaya menanam serai sepenuhnya....Lama ler jugak....

8 hari kesemuanya....

Jumlah yang ditanam 15,200 batang serai peha ayam.....2,800 batang serai telor...

Sakit jugak belakang nak siapkan kesemuanya...

Alhamdulillah isteri saya turut membantu tanam serai ni....

2 orang buruh paksa yang ada pun tanam 100 batang jer....

Lepas tu main kejar-kejar dalam kebun....

Insya-Allah....lepas raya nak tanam untuk Fasa 4...

Jangkaannya 18,000 batang serai jenis peha ayam....

Sunday, September 14, 2008

SERAI V.3.1.4

Lama tak jenguk kebun Fasa 1.....

Rumput pun dah mula menjalar....

Lepas Raya ni kena clear rumput kebun ni ler pulak....

So far serai tumbuh segar.....

Sodap mata memandang......

Yang kurang subur pun ada jugak...

Biasalah bila dah tanam banyak-banyak ni....

Asyik duk layan serai fasa 3 jer.....

next week dah kena jenguk-jenguk fasa 1.....

So ni ler gambar-gambar yg sempat aku snap tadi.....

Sebarang cadangan atau komen dialu-alukan.....






SERAI LAGIII

Alhamdulillah bertemu lagi.....


Ramadhan pun dah 14 hari....


tinggal 16 hari jer lagi nak berpuasa....


Lepas tu berhariraya....


Tahun depan entah sempat jumpa lagi ke tak Ramadhan...
Ni gambor yang saya snap di kebun fasa 2 dan 3....




Serai kampung yg berusia 6 minggu....

belum letak sebarang baja lagi ni.... tak larat nak tabur baja...

Rumput pun dah start naik......

Sambil tanam serai Fasa 3 sambil buat teratak serai....

2 org buruh paksa sedang berlari-lari anak......

Ni masa time rehat ler.....lepas tanam serai 100 btg....

Akhirnya siap ler teratak serai di kebun....

Lepas ni boleh ler rehatkan mata kejap disini....


Thursday, September 4, 2008

Serai Kampung.....FASA 2


Gambar atas ni alat yg aku guna untuk buat lubang....kira sekali tikam dapat 3 lubang ler...Jimat maso den.....



NI kira gambar benih serai kampung yg aku beli dengan peraih dan juga yg tanam kecil-kecilan....


Kiranya nak tanam serai kampung shj utk fasa 2.....


Projek bermula pada 1/8/08....target ialah 3000 perdu atau lubang....


Penanaman akan dilakukan di celah-celah pokok getah....


Baja yang akan digunakan ialah N46 dan juga baja getah serta baja bakar....


Baja urea telah ditabur pada 4 baris sahaja...baki yg lain tu nak guna baja bakar kot.... Cara penanaman juga berbeza dengan Fasa 1.....


Untuk Fasa 2 ni....serai akan ditanam dalam bentuk segitiga....dgn 3 btg digunakan untuk 1 rumpun....Pada Fasa 1 yg lalu serai ditanam secara bulatan dengan menggunakan 5 batang serai utk serumpun....


Perancangannya lepas 1 bulan baru nak tabur baja....tak sempat tabur baja rumput naik menggila....poning kepala jugak nak selesaikan hal-hal perumputan ni.....


Mungkin cukup 2 bulan nak meracun jer rumput-rumput ni.....sekarang duk hujan tiap-tiap hari......
Bulan puasa ni lagi ler letih nak meracun....amik masa jugak lerr...
Lagipun Fasa 3 dah start....



Gambar-gambar ni aku snap sehari lepas selesai menanam kesemuanya untuk Fasa 2....
Insya-Allah aku akan update gambar-gambar fasa 1,2,3 bila berkesempatan masa.....

SERAI V. 3.1.1



Lama betul tak update blog ni...Serai Fasa 1 telah 3 bulan...

So far alhamdulillah telah tumbuh dgn galaknya....

Jangkaan tuaian ialah bulan 23/11
Ni gambor yg sempat snap lerr...jarang-jarang pergi dah kebun ni...sibuk dgn projek serai fasa 2.....
Fasa 2 pun dah cecah sebulan.....serai yg ditanam fasa 2 ialah serai kampung...
Rancangannya nak tanam serai peha ayam utk fasa 3 nanti....permintaan pun tinggi...jangkaan permintaan benih serai peha ayam akan meningkat bila bermulanya projek Ladang Rakyat.....
Setelah fasa 1 buat Contract Farming....fasa2 berikutnya buat sendiri lah....
Pasaran? belum cari lagi.....lagipun 5 bulan lg baru boleh tuai.....

Thursday, July 24, 2008

SERAI V.3.1

Alhamdulillah setelah 2 bulan menanam serai....
Dapat lihat hasilnya...
Syukur kepada Allah kerana diberikan cuaca yg sesuai sepanjang masa membesar serai...





Saya juga buat Kontrak Farming dengan Rumpun Biotek...
Setakat ini pegawai dari Rumpun Biotek (En Nik Fauzi) sentiasa berhubung bertanya ehwal serai saya...

Harapan saya tu memang la tinggi....
agar kebun serai saya dapat menghasilkan 17tan serai peha ayam...

Sehingga ke hari ini kadar kematian serai ialah 1.77%
Kadar tumbesaran tidak sekata....
Rumpun yg paling subur :-
Rumpun yg kurang subur hanya mempunyai 15 batang shj.....

Penggunaan baja agak kurang....kos baja dah meningkat....
Bagaimana dengan rakan-rakan pengusaha serai lain?

Monday, May 5, 2008

SERAI...v3.0

After waiting for 10 days.....
Serai pun sampai ke site....
Alhamdulillah.....
petang tu terus start tanam sikit....
banyak jugak benih ni.....








Free Forex TV and Forex Signals