google

Google

Thursday, September 4, 2008

Serai Kampung.....FASA 2


Gambar atas ni alat yg aku guna untuk buat lubang....kira sekali tikam dapat 3 lubang ler...Jimat maso den.....



NI kira gambar benih serai kampung yg aku beli dengan peraih dan juga yg tanam kecil-kecilan....


Kiranya nak tanam serai kampung shj utk fasa 2.....


Projek bermula pada 1/8/08....target ialah 3000 perdu atau lubang....


Penanaman akan dilakukan di celah-celah pokok getah....


Baja yang akan digunakan ialah N46 dan juga baja getah serta baja bakar....


Baja urea telah ditabur pada 4 baris sahaja...baki yg lain tu nak guna baja bakar kot.... Cara penanaman juga berbeza dengan Fasa 1.....


Untuk Fasa 2 ni....serai akan ditanam dalam bentuk segitiga....dgn 3 btg digunakan untuk 1 rumpun....Pada Fasa 1 yg lalu serai ditanam secara bulatan dengan menggunakan 5 batang serai utk serumpun....


Perancangannya lepas 1 bulan baru nak tabur baja....tak sempat tabur baja rumput naik menggila....poning kepala jugak nak selesaikan hal-hal perumputan ni.....


Mungkin cukup 2 bulan nak meracun jer rumput-rumput ni.....sekarang duk hujan tiap-tiap hari......
Bulan puasa ni lagi ler letih nak meracun....amik masa jugak lerr...
Lagipun Fasa 3 dah start....



Gambar-gambar ni aku snap sehari lepas selesai menanam kesemuanya untuk Fasa 2....
Insya-Allah aku akan update gambar-gambar fasa 1,2,3 bila berkesempatan masa.....

No comments:

Free Forex TV and Forex Signals