google

Google

Tuesday, June 23, 2009

LADA SOLOK............

Saja nak kongsi projek lada solok saya....
Masih diperingkat percubaan....
100% cocopeat.....
100% penggunaan baja organik....
Penggunaan racun ikut jenis penyakit....
Setiap kali meracun akan dicampur air cacing...
1ml air cacing dicampur dgn 1liter air....



Penggunaan 2 sistem siraman...
20 pokok guna siraman automatik..
25 pokok lagi siraman manual 2 kali sehari...
Pembajaan dilakukan secara manual jer...
3 hari sekali....1 sudu besar setiap pokok...



Anak lada mula keluar buah pada minggu ke-8...


Serangan penyakit kerinting daun....
Jadual meracun ketika ini ialah 2 minggu sekali...


Dah boleh kutip hasil....
30 biji= 500 gram...
Kekerapan meracun dikurangkan....
4 minggu sekali.....
Anak lada solok yang akan dipindahkan ke polibeg....
Kemungkinan 200 pokok ni akan guna siraman manual ajer...
bajet ciput....
Harga semasa lada solok ni ialah RM6/kilo....
Range harga ikut rekod dari 2005-2008 ialah...
RM4/kilo-RM14/kilo....

KILANG SERAI??

Assalamualaikum

Setelah melawat satu lagi kilang di Dendang Terangganu....
Kilang ni juga HANYA MEMPROSES SERAI WANGI......
Di bawah kendalian PPK Dendang....
Aktif juga PPK Terengganu ni....
Bagus juga begitu...
At least pasaran terjamin dan peserta pun terjamin.....

Untuk makluman semua...
Kilang di Sg Petai akan dapat mesin memproses debu serai tak lama lagi....
Semoga segala urusan berjalan lancar....
Dan bekalan tak putus.....

Bulan depan kat area aku akan buka ladang serai 10 ekar...
buat CF lagi...
Kompeni mana tu ....tak pasti....
Semoga peserta CF tersebut terhindar dari penipuan.....

Tuesday, June 16, 2009

KILANG SERAI di TERENGGANU

INSYA-ALLAH....

Esok saya akan melawat satu lagi Kilang utk minyak serai di Terengganu...
Kilang ni masih di peringkat test-run utk menghasilkan minyak serai....
Maklumat lanjut mengenai kilang ini pun saya tak dapat lagi...
So, jangkaan mula beroperasi sepenuhnya belum diperolehi....
Hopefully kilang ni dapat beroperasi secepat mungkin.....

Saya akan UPDATE perkembangan kilang ini...
Insya-Allah dgn KADAR SEGERA.....

SAMA-SAMA berdoa agar kilang ni beroperasi segera dan mampu bertahan lama....


LAMO TAK UPDATE

Maaf kepada semua pengunjung blog...
saya tak sempat nak update perkembangan berkaitan serai...
Saya masih meneruskan projek serai makan ni....
Cuma sekarang ni slow sikit bab-bab serai...
Banyak sensitif wooo...
terutama yang terlibat dgn CF....

Saya sekarang banyak masa dihabiskan dengan cendawan dan lada...
masih belajar utk 2 jenis tanaman ni...

Namun begitu serai tak akan dilupakan...

Insya-Allah Julai ni...
saya akan mula membeli serai...
untuk dihantar ke kilang serbuk serai di Pasir Puteh Kelantan...
kemudian serbuk serai tersebut akan dihantar ke kilang rempah di Selangor...
Buat masa sekarang saya dah start jual serbuk serai dikalangan pengusaha makanan berdekatan dengan rumah ajer...
Kepada yg berminat utk menjual serbuk serai ni dialu-alukan lah....

Berbalik kepada hal serai ni...
Saya hanya berkemampuan membeli serai pada kadar harga RM800/tan...
serai yg siap dicuci dan dihantar ke kilang.....
Untuk serai yg dihantar dengan rumpun....
Saya terima juga...
cuma bayaran akan dibuat setelah serai tersebut dicuci...
Upah membersih serai ialah RM250/tan....
Ini secara kasar ler pengiraannya...
saya akan update sekiranya ada perubahan...

OK...
sekarang saya akan ceritakan kemampuan saya untuk membayar ....

Saya tidak mampu membayar secara CASH sekaligus....
atas kekangan modal...
modal saya ciput ajer....
kalau ada nak bagi pinjaman/hutang boleh ler....hehehe
saya amat menghargai....

Bayaran yg saya akan lakukan seperti berikut:-
(masih dalam kajian)

UNTUK SERAI YG BERSIH

- Bayaran sebanyak 30% akan dibuat 2-3 hari selepas terima serai
- 30% lagi akan dibayar 30 hari selepas bayaran pertama dilakukan..
- 40% lagi akan dibayar 21 hari selepas bayaran ke-2 dilakukan....

UNTUK SERAI RUMPUN

-Bayaran pertama sebanyak 30 % akan dibayar 3 hari selepas timbangan serai yg dibersihkan....
-30 % lagi akan dibayar 33 hari selepas bayaran pertama dilakukan...
-40% lagi akan dibayar 21 hari selepas bayaran ke-2 dilakukan...

*SEMUA SAIZ SERAI DITERIMA...
*SEMUA JENIS SERAI MAKAN DITERIMA KECUALI SERAI GAJAH/GALAH(coz lambat nak dikeringkan)


Saya nyatakan cara bayaran diatas untuk mempermudahkan tuan-tuan buat penilaian...
Tuan-tuan boleh datang jumpa saya atau melawat kilang di Pasir Puteh....
Saya sedia uruskan untuk tuan-tuan yg berminat untuk menjadi penanam kontrak dengan Kilang......KONTRAK DENGAN KILANG YER...
bukan dengan saya.....hehehe...

kepada yg berminat utk menjual serai atau nak beri idea/komen boleh ler guna ruang komen...
atau e-mail :- idham_mansya@yahoo.com
atau sms/call :-012-9388924 (8 am-11.30pm)


Free Forex TV and Forex Signals