google

Google

Saturday, August 28, 2010

SERUNDING CENDAWAN

ASSALAMUALAIKUM............

Akhirnya setelah 2 bulan try n error....
maka terhasil sudah serunding cendawan...
Alhamdulillah....respons dari mereka yg telah mencuba..
amat positif....

Packaging pun dah selesai...
masalah sticker je belum....
Rata-rata di Kota Bharu mengenakan caj yg agak tinggi....
kena survey di tempat lain la pulak...


Setakat ini semua hasil serunding dijual luar Kelantan...
belum terfikir untuk mencuba pasaran di Kelantan....
survey di pasar besar area rumah saya....penerimaan agak negatif....
so better hantar ke tempat lain dulu lah....

so far bekalan cendawan segar agak terhad...
cendawan sendiri belum mengeluarkan hasil lagi...
beli dulu dengan pengusaha lain...
Insya Allah
hajat nak beli cendawan projek e-kasih...
tapi belum berurusan dgn pengendali projek e-kasih...
kena lihat sambutan dan permintaan bulanan....

Kepada sesiapa yg berminat untuk mencuba serunding...
boleh order di ruang komen atau email oranjefx@gmail.com

HARGA??
Hanya RM5 untuk 100gm....
tidak termasuk caj pos...
kalau nak jadi pengedar pun dialu-alukan....

Friday, August 20, 2010

CENDAWAN....CENDAWAN

Assalamualaikum......

Lama saya tak update blog ni.....
Bukan apa...cerita serai dah reda......
Alhamdulillah kilang proses minyak serai beroperasi dgn lancar...
Namun pemilik kilang terpaksa menghadkan pembelian serai kerana kekangan kewangan...

Saya?
Macam biasa mencuba mengusahakan cendawan tiram kelabu...
Permintaan amat menggalakkan di kawsan saya la....
Kawsan lain tu saya tak pasti...
Namun harga pasaran kawasan saya ni bersaing dgn cendawan dari Thailand...

So kalau pengusaha cendawan di KL/Selangor mungkin jual runcit harga RM 7-8 sekilo...
Saya disini harga runcit HANYA RM 5 sekilo
so lambat sikit nak jadi KAYA....hehehe

Pada masa sama saya tengah mencuba utk mempelbagaikan produk hiliran cendawan
Agar dapat mengatasi harga jualan yg sangat rendah....
Antara produk yg masih diperingkat percubaan ialah serunding cendawan...
Alhamdulillah dah menjadi serunding cendawan saya...
permintaan pun banyak jugak.....
Tapi luar dari kawasan saya la....
Rezeki kat luar kot...

Masalah sekarang nak mendapat bekalan cendawan segar
yg mencukupi utk 'cover' pasaran segar ...
dan juga untuk diproses menjadi serunding.....

Insya Allah selepas raya aidilfitri nanti akan hasilkan produk lain pulak...
sambil kekalkan produk sediada....
Doakan agar saya berjaya menghadapi rintangan....

SELAMAT BERPUASA RAMDAHAN AL_MUBARAK.....


Free Forex TV and Forex Signals