google

Google

Monday, April 26, 2010

KEMARAU n CENDAWAN

ASSALAMUALAIKUM.........

Setelah lebih 4 minggu tiada hujan....
akhirnya Allah telah turunkan hujan kelmarin dan hari ini....
dengan LEBATnya....
ALHAMDULILLAH.....

Projek trial cendawan tiram kelabu pun dah habis.....
semua bongkah diserang penyakit dan kekeringan....
sekarang bangsal cendawan telah dibersihkan....
ketika kemarau...
suhu dalam bangsal mencecah 31-32 celcius...
walaupun disiram lantai dan jaring serta atap...
3 kali sehari.....

Insya Allah.....pertengahan bulan 6 akan masuk lg 4000 bongkah cendawan.....
buat masa sekarang tengah survey market hiliran cendawan yg masih belum diterokai...
kepada pengusaha cendawan yg mempunyai produk hiliran...
diharap sudilah berkongsi pendapat ...
atau boleh berbincang utk projek pemasaran produk hiliran cendawan....

Insya Allah mulai esok ada ekspo Pertanian di Kota Bharu....
kebetulan ada kawan yg telah menyewa tapak di ekspo tersebut...
Ekspo tersebut akan berakhir pada 2 Mei 2010...

Sempat lagi kalau nak tumpang tapak untuk promosi produk hiliran cendawan.....
Harga?
Boleh dibawa berunding........
jumpa lg nanti...

Insya Allah posting akan datang mengenai minyak serai makan yg dihasilkan oleh 2 orang usahawan muda yang tidak mempunyai LADANG KONTRAK.....

saya promosi jer.....urusan jualbeli kena berunding terus dgn mereka....
maklumlah bajet kecil........

1 comment:

Anonymous said...

utk menyejukkan pondok cendawan sila gunakan karbon atau arang sebagai dinding pondok cendawan, Karbon /arang ini tidak menyerap haba. (arang kayu yang buat masak).
Secara scientific ianya telah di gunakan dinegara misking yang tidak mempunyai bilik sejuk.