google

Google

Tuesday, June 16, 2009

LAMO TAK UPDATE

Maaf kepada semua pengunjung blog...
saya tak sempat nak update perkembangan berkaitan serai...
Saya masih meneruskan projek serai makan ni....
Cuma sekarang ni slow sikit bab-bab serai...
Banyak sensitif wooo...
terutama yang terlibat dgn CF....

Saya sekarang banyak masa dihabiskan dengan cendawan dan lada...
masih belajar utk 2 jenis tanaman ni...

Namun begitu serai tak akan dilupakan...

Insya-Allah Julai ni...
saya akan mula membeli serai...
untuk dihantar ke kilang serbuk serai di Pasir Puteh Kelantan...
kemudian serbuk serai tersebut akan dihantar ke kilang rempah di Selangor...
Buat masa sekarang saya dah start jual serbuk serai dikalangan pengusaha makanan berdekatan dengan rumah ajer...
Kepada yg berminat utk menjual serbuk serai ni dialu-alukan lah....

Berbalik kepada hal serai ni...
Saya hanya berkemampuan membeli serai pada kadar harga RM800/tan...
serai yg siap dicuci dan dihantar ke kilang.....
Untuk serai yg dihantar dengan rumpun....
Saya terima juga...
cuma bayaran akan dibuat setelah serai tersebut dicuci...
Upah membersih serai ialah RM250/tan....
Ini secara kasar ler pengiraannya...
saya akan update sekiranya ada perubahan...

OK...
sekarang saya akan ceritakan kemampuan saya untuk membayar ....

Saya tidak mampu membayar secara CASH sekaligus....
atas kekangan modal...
modal saya ciput ajer....
kalau ada nak bagi pinjaman/hutang boleh ler....hehehe
saya amat menghargai....

Bayaran yg saya akan lakukan seperti berikut:-
(masih dalam kajian)

UNTUK SERAI YG BERSIH

- Bayaran sebanyak 30% akan dibuat 2-3 hari selepas terima serai
- 30% lagi akan dibayar 30 hari selepas bayaran pertama dilakukan..
- 40% lagi akan dibayar 21 hari selepas bayaran ke-2 dilakukan....

UNTUK SERAI RUMPUN

-Bayaran pertama sebanyak 30 % akan dibayar 3 hari selepas timbangan serai yg dibersihkan....
-30 % lagi akan dibayar 33 hari selepas bayaran pertama dilakukan...
-40% lagi akan dibayar 21 hari selepas bayaran ke-2 dilakukan...

*SEMUA SAIZ SERAI DITERIMA...
*SEMUA JENIS SERAI MAKAN DITERIMA KECUALI SERAI GAJAH/GALAH(coz lambat nak dikeringkan)


Saya nyatakan cara bayaran diatas untuk mempermudahkan tuan-tuan buat penilaian...
Tuan-tuan boleh datang jumpa saya atau melawat kilang di Pasir Puteh....
Saya sedia uruskan untuk tuan-tuan yg berminat untuk menjadi penanam kontrak dengan Kilang......KONTRAK DENGAN KILANG YER...
bukan dengan saya.....hehehe...

kepada yg berminat utk menjual serai atau nak beri idea/komen boleh ler guna ruang komen...
atau e-mail :- idham_mansya@yahoo.com
atau sms/call :-012-9388924 (8 am-11.30pm)


Thursday, April 23, 2009

KILANG SERAI WANGI......


NI LER ALAT YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN MINYA SERAI WANGI....
AGAKNYA UNTUK MENGHASILKAN MINYAK SERAI DARI SERAI PEHA AYAM PUN GUNA ALAT SAMA .....




HANYA DAUN JER YANG DIGUNAKAN




BERASAP WOOO....
BARU LEPAS DIKELUARKAN.....



DAUN-DAUN NI AKAN DIBAKAR UNTUK DIJADIKAN BAJA.....
TAPI KENA BUAT CAMPURAN LAH....


GAMBAR BAWAH NI MENUNJUKKAN ADA TOMPOKAN MINYAK DIATAS AIR.....


MINYAK DICEDUK DARI BEKAS.....
UNTUK DIPROSES SEPERTI DI BAWAH NI....

NI LER HASIL MINYAK UNTUK 250 KG DAUN SERAI WANGI......



1 LITER=RM180 SHJ......
BERMINAT NAK TANAM SERAI WANGI?



KILANG SERAI DI PASIR PUTEH KELANTAN

DI BAWAH NI ADA GAMBAR-GAMBAR KILANG YG SEMPAT SAYA SNAP..........





ni lah oven yang digunakan untuk mengeringkan serai.....


serai disusun dalam oven.....
boleh muat 5 tan serai dalam oven ni....



Kilang ni stop beroperasi sepanjang bulan APRIL.....
kerana lambakan serai.....
Insya-Allah akan kembali beroperasi pada bulan MEI ini....
Kilang ni hanya menjalankan proses chipping dan pengeringan serai....
Untuk menghasilkan serbuk serai...
serai yang telah dikeringkan dihantar ke kilang berdekatan satu lagi(yg ni tak sempat snap gambo lagi)........
Dijangka pada bulan Jun sekali lagi akan berlaku lambakan serai.....








Sunday, March 22, 2009

TUAIAN KE-2 DAHH

Alhamdulillah....
Dah tuai yg ke-2....
Hasil pun lagi baik dari yang pertama...
400 rumpun dapat menghasilkan 700 kilo..
Rezeki....
Ni gambar sebelum tuaian dilakukan....

Gambar atas ni snap awal bulan Januari....
Yang bawah ni gambar selepas dituai.....
simpan sikit dalam 40 rumpun ....
Nak buat benih......






Gambar atas ni antara rumpun yang besar la...
7 kilo berat sebelum dileraikan....
Lepas dileraikan dapat 5 kilo...
Alhamdulillah....

Gambar yan bawah ni...
serai-serai yang telah dileraikan...
Kumpul setempat dulu...
sebelum dihantar ke kilang.....


Setakat ni bayaran dari kilang...
Alhamdulillah....
tak sangkut lagi.....
Kilang tersebut terima semua saiz serai.....
Besar dan kecil....
Namun begitu ada jugak serai-serai yang besar
diaorang ambil utk buat benih....

Insya Allah post akan datang saya lampirkan gambar kilang serai....

Thursday, March 12, 2009

HOW IMPORTANT THE MAILBOX TO YOU

Did we realize that every single house should have a mailbox.....
Why?
To put letter in that box....
So, how it looks?
There are a lot of design,shape and style for a mailbox......
Also we should choose the suitable design of mailbox...
At MAILBOX AND BEYOND there are various type and cool design for the mailbox...

Once you own a house ...
Do drop by here to choose accessories to your house...
Such as lantern,garden hose holder,doormats and many more...
All collection are exclusive...
You don't believe it?
Just go there...
and have a look...
think and make decision...
get some ideas how to decorate your house...
Fulfill your garden with exclusive collection from MAILBOX AND BEYOND

DO contact them..........Located at Wilmington.Delaware
Get a cheaper price for quality products

Friday, February 27, 2009

JOURNEY TO K.SELANGOR......

SAJA NAK PASTE GAMBO-GAMBO YG SOMPAT DI SNAP MASA DI K.SELANGOR....
ENJOYYY!!!!


BENIH SERAI YG TELAH DISPRAY HORMON....READY UTK DIHANTAR



SERAI-SERAI YG TELAH SIAP DIIKAT....



PUSAT PENGUMPULAN DAN LERAI SERAI.....



TEPI JALAN PUN TANAM......
LAYANNNZ.....



TEPI TALIAIR.....SIAP DIBAWAH BAYANG-BAYANG POKO KELAPA....



Thursday, February 26, 2009

NASIB PENYERAI

Maaf lama tak update perkembangan pasal serai....
Alhadulillah serai Fasa 1 telah selamat dituai....
HASIL?
ALHAMDULILLAH.......
Dapat ler 3 tan sahaja yg dapat dihantar ke kilang di Pasir Puteh......

BALIK MODAL?
TAK BALIK MODAL PUNNN....
BESAR KER KERUGIAN?
BESAARRRR
PUTUS ASA?
TIDAK SEKALI-KALI......

Ada hikmah disebalik berlaku semua ni.....
Alhamdulillah masih dapat jual sikit2 as benih.....
Tahukah tuan-tuan....
Hasil serai seekar mampu mengeluarkan benih untuk 8-10 ekar?
Sinilah profit sebenar kompeni-kompeni yang buat CF...
Hasil dibeli dari peserta RM0.70/kg...
Benih serai dijual pada 7-10 sen sebatang!!!!

jadi kira sendiri ler berapa profit.........
Agak mengecewakan apabila lawatan ke K.Selangor tidak jumpa kilang...
Hnya dapat tengok pusat pengumpulan serai-serai jer...
Bila ditanya bertalu-talu hal kilang....
Last-last keluar jawapan....
Tak boleh tunjuk ke orang ramai...
RAHSIA PERNIAGAAN.....

Takpelah....
Rezeki datang dari ALLAH.....
Sekarang di Kelantan ada kilang yang baru dibuka....
Di Sg Petai Pasir Puteh......

Bayaran COD......
Dan DIBENARKAN LIHAT MESIN PENGERING DIDALAM KILANG.....
Dah snap gambo...
Insya-Allah akan diupdatekan....

Apa yg saya nak simpulkan ialah(pendapat peribadi saya jer)
HATI-HATI DGN CF....
SIASAT BETUL-BETUL CF ADA KILANG ATAU TIDAK....
ATAU SETAKAT JADI EJEN KEPADA SATU KOMPENI.....

TAHU KER TUAN-TUAN KOMPENI CF MAMPU JUAL SERAI PADA HARGA RM1.30/KG
SO SIAPA YG KENA TEKAN SEKARANG?
SIAPA YG BYK HABIS MODAL?
SIAPA YG UNTUNG BESAR?
SIAPA YG TANGGUNG SEGALA PERBELANJAAN?

JAWAPANNYA IALAH

PESERTA TANAM SERAI

p/s:-KILANG-KILANG DI KELANTAN NI TAKDER PULAK BUAT CF....
TAK HERAN KER TUAN-TUAN?

Free Forex TV and Forex Signals